Belajar Asas Gitar

Friday, 20 December 2013

Belajar Asas Gitar





Ok, lets go to our first lesson. Firstly, kena ada gitar. Kena kenal part-part asas gitar dulu, iaitu, head, neck, body, dan fret. Head ialah kepala gitar dan mempunyai key tuning untuk setiap tali. 
Neck ialah leher gitar. Pada neck, terdapat fret. Fret ialah tempat korng tekan jari korang pada tali untuk dapatkan bunyi not-not yang tertentu. Fret yang paling dekat dengan head ialah fret 1, diikuti fret 2, fret 3 dan seterusnya. Body ialah badan gitar.  (lihat gambar rajah dibawah.)


klik gambar untuk zoom.
 
Ok, sekarang dah kenal part-part gitar, kita boleh teruskan ke proses seterusnya. Posisi amat penting untuk bermain gitar. Kena ikut dengan posisi yang korang rasa selesa, sama ada bermain secara biasa atau kidal. Aku sebenarnye tulis kidal, tapi main gitar macam biasa, tangan kanan. Ikut la mana yang korang rasa selesa. Dah dapat posisi yang betul dan selesa, kena practice jari pulak.

Sebelum practice jari, kena kenal tali dulu. Tali yang paling kasar adalah tali no 6 (tali paling atas) manakala tali yang paling halus adalah tali no 1 (tali paling bawah). 


klik gambar untuk zoom.
 

Cara practice jari, tekan jari anda (jari telunjuk) pada tali 6 (yang paling kasar), tekan pada fret 1. Petik tali atas sekali. Dengar bunyi yang keluar. Kalau first time, maybe jari yang tekan pada fret akan rasa sakit. Paksa jari anda, tekan kuat-kuat supaya bila anda petik, dapat bunyi yang smooth (clean) dan tidak sumbang. Dah dapat bunyi yang smooth, jangan lepaskan jari telunjuk yang tekan pada fret 1, tekan pulak fret yang kedua tali 6, guna jari tengah dan petik tali 6. Teruskan, jangan lepaskan jari anda, kemudian tekan pulak jari manis pada fret 3 tali 6, dan jari kelingking pada fret 4 tali 6. Kemudian tukar pulak pada tali yang ke 5, seterusnya tali 4, ke 3, 2, sampai la ke tali 1. Dah sampai tali 1, jari kelingking dah sampai fret 4, lepaskan jari kelingking, kemudian lepaskan jari manis, jari tengah, seterusnya jari telunjuk. Kemudian sambung pada tali ke dua, naik balik ke atas sampai tali 6. Lakukan pergerakan turun naik ini sampai
anda betul-betul mahir dan dapat bunyi yang smooth. Kalau boleh, tingkatkan kelajuan setiap hari. Anda harus berlatih jari ini dalam dua jam selama 2/3 hari. Lepas tu, baru boleh belajar kord asas.
http://guitarandchords.blogspot.com/2012/11/untuk-beginners-yang-baru-baru-nak-try.html

0 comments:

Post a Comment