Untuk beginners yang baru-baru nak try main gitar tu
elok sangatlah rujuk list itu dan Insya-Allah aku akan update dari
semasa ke semasa. Anyway, good luck.
Ramai yang tak faham cara untuk
baca gitar kod kat bawah ni, so aku buatkan simple guide untuk korang.
Sila rujuk guide ini kalau tak reti nak baca kod yang ada dalam chord
lists di bawah...Bulat hitam tu maknanya tekan kedudukan yang sama di fret dengan jari kiri.
Bulat putih tu maknanya cuma petik sahaja tali tanpa tekan mana mana fret. Juga dipanggil “open note”.
Kalau tak ada tanda apa-apa, tak payah petik tali tu.

Basic Guitar Chords
Ini adalah antara kod paling asas untuk main gitar. Prektis kod C,
Dm, F, G dan Am, dan aku gerenti korang boleh main berpuluh-puluh lagu
melayu yang simple.

Power Chords
Power Chord selalu digunakan masa main lagu-lagu rock dan metal.
Petik cuma 3 tali pada satu masa dan mute (matikan bunyi) tali yang
lain. Nama kod ditentukan dengan not root (not pada tali yang dipetik
pada #tali paling atas)

Untuk beginner aku amat syorkan prektis kod-kod yang aku tunjukkan tu
especially yang dalam list Basic Chords. 7th kod (macam C7, D7 atau
apa-apa yang ada nombor 7) tu sebenarnya sama dengan kod biasa, cuma
ditambah kod ketujuh. Untuk permulaan tak ingat pun takpe. Tapi kalau
nak bunyi sedap sebelum tukar kod, elok lah prektis nanti.
Okey selamat prektis!